Tuesday, May 10, 2011

Semakin lama kita duduk, semakin cepat kita MATI

Tahukah anda kalau kita duduk melebihi 6 jam sehari meningkatkan risiko untuk mati sebanyak 40%? Duduk lama-lama depan tv adalah lebih buruk daripadamakan nasi lemak tiap-tiap hari. Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?

  • Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.
  • Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.
  • Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.
  • Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

Kebanyakan di antara kita bekerja di pejabat dan duduk melebihi 6 jam sehari. Bagaimana untuk mengurangkan risiko masalah yang disebutkan atas ni?

  • Selagi boleh, jangan duduk melebihi sejam. Cari alasan untuk berdiri atau berjalan.
  • Lakukan regangan otot kalau anda rasa anda telah duduk terlalu lama.
  • Cari aktiviti yang boleh dilakukan selepas waktu kerja. Kalau balik kerja, makan dan terus duduk tengok tv, memang parah dah tu.

Untuk penjelasan dengan gambar yang lebih menarik, check out infographic ni. Sebar-sebarkan untuk kebaikan kita bersama.


2 comments:

Kesatu: Komen menda elok2...
Kedua: Beri pendapat yg bagus n berguna!
Ketiga: Korang patut komen benda yg berkaitan dengan enty ni sahaja!
Keempat: Korang sangat bagus!