Thursday, August 25, 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Assalamu'alaikum Semua,
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
  • Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
    • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
    • Membaca quran sehingga menitis air mata.
    • Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
    • Anak.
    • Ibu.
    • Suami.


  • Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka susmi kita ketika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
  • Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
  • Kalau ada niat yang baik teruskanlah.. Allah akan bersama kita.
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai.
  • Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
    • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
  • Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, selepas itu bicaralah dengan Allah.
    • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
    • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .


  • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
  • Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
  • Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
  • Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit.. sedeh gak la.. pergi ke pusara mak kita cakap.. “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pada mereka.
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja atau shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari orangg susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tiada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
  • Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
  • Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. Ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyok.. ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka di saat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
  • Symptom terkena saka:
    • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
    • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
    • Susah nak dapat anak, senang gugur.
    • Ada rasa kelibat orang lalu.
    • Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
  • Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
  • Anak Lari Dari Rumah
    • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
    • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
  • Anak Degil
    • Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
    • Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari orang yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So sama-samalah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
 
credit : http://sayangsain.blogspot.com

Friday, August 12, 2011

Cara2 hendak mengejutkan orang bangung sahur

Masa puasa ni mesti ramai yang liat nak bangun sahur kan? haha..tapi yang kesiannya yang tukang kejut tu lah..kejut bagai nak rak tapi tak bangun-bangun gak..tapi takpa untuk yang kaki kejut orang tu leh cuba tips ni..
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat…
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit
Still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya

Sumber : Majalah Gila-Gila , Akashah Shah

Monday, August 1, 2011

(Info) Cinta vs Suka


Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan 
berdebar-debar dengan 
cepat. Di depan orang yang kamu "suka", kamu 
akan 
selalu bahagia. 
Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin 
serasa musim semi. 
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim 
dingin sama saja dengan 
musim dingin yang indah. 
 
Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang 
kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.Tetapi jika 
kamu melihat ke 
dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan 
tersenyum. 
 
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak 
akan 
dapat mengungkapkan 
apa yang ada di benakmu.Tetapi di depan orang 
yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya. 
 
Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung 
malu. Tetapi di depan orang yang kamu "suka", 
kamu bisa 
menunjukkan diri kamu yang sebenarnya. 
 
Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di 
benakmu setiap 2 minit. 
Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata 
orang yang kamu cintai. 
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap 
mata orang yang kamu suka. 
 
Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, 
kamu akan ikut menangis bersamanya.Tetapi jika 
orang yang 
kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya 
dengan kelegaan. 
 
Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata. 
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran 
telinga. 
 
Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, 
yang 
harus kamu lakukan adalah menutup telingamu. 
Tetapi jika 
kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan 
berbalik menjadi titisan air mata dan akan 
selalu 
berbekas di 
hatimu selamanya...
                   

credit to : http://duniasabri.blogspot.com

Sunday, July 31, 2011

Yatta! Puasa! Puasa!


ASSALAMUALAIKUM

Hey minna ! Apa kabar ? Ha.. korang dah tau kan esok dah nak puasa ? Sape tak tau gi bace berita ! HAHA . just kidding . lol ! takkanlah korang tak tau kan ? hehe .. ni Ain ada sikit kata2 untuk korang !

"Ain minta maaf kalu Ain ada buat salah silap kat korang ya . Jangan lah berdendam ngan marah2 lagi . Ni kan dah nak puasa , esok ! bukan dah nak dekat ! esok ! hehe , mcm tak caye jer masa ni berlalu dengan cepat kan ? Pejam celik pejam celik dah nak puasa . Sapa yg dah kena wajib berpuasa , kenalah puasa ! Jangan ponteng pulak ! Nanti berdosa , sape yg tanggung ? korang jgak ! haaa ... ok , bila kite berpuasa , kena banyak bersabar , lebih2 lagi bila tengok makanan2 sedap lagi nyumm nyumm tu ! Sape yang tak tahan kan ? ngeee ... HEHE ...

Pastu korang kenalah banyakkan selawat , korang tau tak mcm mana nak berselawat ? kalu tak tau mcm ni "Allahummasolli 'ala Muhammad , wa'alaali Muhammad..." dah paham ? hehe , sapa yang dah tau tu , takpelah ! Janganlah ingat Ain ni tergedik-gedik ingat korang tak tau pastu kite yg tahu , ok ? ;) wokeylah kata2 terakhir yg Ain nak kata ialah ~ ........................................................


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA ! puasa jangan tak puasa ! nanti takleh raya ! (trademark upin dan ipin) hehe ! 

Ikhlas dari ,

Ain Mursyida :)

Friday, July 29, 2011

(Info) 10 Tempat bunuh diri yang paling terkenal didunia

Bunuh diri adalah penyebab kematian ke-13 tertinggi didunia, dan berada di tempat ke-3 di kebanyakan negara yang mempunyai ramai penduduk di antara usia 10-24 tahun. Dipercayai bahawa seramai 815,000 orang membunuh diri setiap tahun di seluruh dunia yang bererti satu kematian bagi setiap 40 saat. Berikut merupakan 10 lokasi bunuh diri terkenal di dunia:


1. Golden Gate Bridge,san fransisco california (Lebih dari 1500 kes bunuh diri)


2. Beachy Head,East sussex england (Lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)



3.Clifton Bridge,North Somerset, England (lebih dari 500 kes bunuh diri setahun)



4.Aurora Bridge,Seattle washington (lebih dari 220 kes bunuh diri setahun)



5. Humber Bridge,Near kingston England (Lebih dari 200 kes bunuh diri setahun)
 

  
6. Brooklyn Bridge,Brooklyn new york (ratusan kes bunuh diri setahun)



7. Jacques Cartier Bridge,Montreal Quebec canada (lebih dari 140 kes bunuh diri setahun)


8. Sunshine Skyway Bridge,Tampa bay Florida (lebih dari 120 kes bunuh diri setahun)



9. Throgs Neck Bridge,The Bronx,Bayside, Queens, New York City (lebih dari 40 kes bunuh diri setahun)



10. Verrazano-Narrows Bridge,Staten Island – Brooklyn, New York City ( lebih dari 30 kes bunuh diri setahun)


sumber : http://juandry.blogspot.com, http://terselubung.blogspot.com, http://billyinfo.blogspot.com

Wednesday, July 27, 2011

Last day at Saudi :'(

As-Salam! Konichiwa! hoho.. ari ni Ain nak update blog psl last dy kat arab todi ngan first day di Malaysia, hahaha! oklah! i don't want to talk anymore, korang tngk jelah gmbr2 kat bawah ni, enjoy! ^^

Saudi Arabia

dari bawah, luar masjidil haram :) 

luar bangunan masjidil haram ^^


my brother , oo where are you looking ? O.O

yg sebelah kiri tu bangunan Hotel Al-Safwah

yg bangunan tingkap hijau ni pulak hotel Zam Zam Tower dan ada banyak lagilah hotel yg ada dlm bangunan tu... XD



miss this moment :'(


Madinah Al Munawwarah :)



Oklah! As-Salam semua! nnti Ain akan update psl dkat Malaysia plak yer! ^^

Cerpen : Tracy and Casie Part 2


“Kamu berdua akan dihantar kebumi, tugas kamu ialah menjaga seorang budak yg bernama Yuuki Touya selama seminggu, ini dia maklumat2 tentang budak itu. Tugas kamu ini tidak boleh dibantah sama sekali oleh mana2 pihak! Kalu tidak, hukuman kamu akan menjadi lebih berat.”

Masih terngiang-giang lagi setiap huruf2 bait2 kata Master Alberd didalam otak mereka. “What the.....? Ingat kita ni baby sitter ke? Ishhh!!” Casie merungut geram. Tracy hanya mengangguk lemah.
Dia mengeluh.

“Tapi bukan ke manusia tak boleh nampak kite? Habistu macam mana kita nak jaga budak tu?” Tracy memandang wajah sahabatnya itu dengan hairan.

“Eh! Kau tak dengar ke apa yg Master Alberd kata tadi? Kalu kita nak jaga budak tu, kita kenalah jadi dalam keadaan human form!” kata Casie sambil menjeling tajam.

Tracy mencebik. “Tapi macam mana nak jadi manusia? Kau tau ke caranya?”

“Baca sendiri nota ni!” Casie melempar sebuah buku yang bewarna merah darah tepat pada mukanya. Tracy mengetap bibir. Kurang sopan sungguhlah budak ni!

Tracy mula membaca nota itu dengan laju. Dapat dilihat matanya bergerak kekiri dan kanan. “Ooh.. macam tu rupanya! Eh! Macam ni?!” Riak wajah Tracy jelas2 terkejut. “Err.... kita kena ikut buku ni jugak ke? Cara lain tade?” Tiba2 dia berasa resah. 

“Tulah sebab puak2 Millein jarang yang nak jadi bentuk manusia. Kalu yang datang berhijrah kebumi pun jarang2 jer yg jadi bentuk human form. Yang datangnya pun ramai yg dah couple atau yang dah kahwin.” Casie menerangkan sedikit info yang diperolehnya dari perpustakaan Witch Library.

“Tapi..... err.... aduh ~ macam mana ni?”

“Macam mana apa? Macam tulah!” Casie berkata dengan nada yang agak sinis. Tracy menjengilkan matanya. “Habis tu kau memang nak buatlah menda tu!” Balas Tracy juga sinis, perkataan memang tu ditekan kuat.

Mereka saling berpandangan. Bagaikan ada harus elektrik yang mengalir diantara mata mereka berdua.

**
Tokyo, Japan..

“Mama.. bolehlah! Saya nak pinjam 500 yen jer!” Gadis cilik yang berumur 16 tahun itu cuba memujuk ibunya. Lady Arian hanya mendiamkan dirinya. Anak gadisnya tidak habis2 meminta duit dengannya. Macamlah dia tak tahu yang anaknya itu asyik memboros kerjanya.

No, I will never lend my money to you anymore.” Lady Arian masih berkeras. Yuuki mengeluh. Ibunya memang benar2 sudah tidak membenarkan dia menggunakan duit ibunya lagi. Sikap borosnya itu memang tidak boleh diubah, semuanya disebabkan pengaruh rakan2 sebayanya.

Tapi, dia juga mempunyai ego, dia tak boleh menyerah kalah. “Okay! Kalu mama tanak kasi your money lagi. Yuuki akan gunakan duit syarikat papa!” Yuuki mengugut. “Eh! Kamu jangan berani2 nak gunakan duit syarikat. Kamu tau kan yang syarikat tu dari hasil titik peluh papa. Kalu kamu guna, mama takkan mengaku yang kamu ni anak mama lagi.” Lady Arian meninggikan suaranya.

Anak manjanya itu harus diajar. Kalu dibiarkan, nanti akan melekat sampai ketua. Lady Arian kemudian berlalu pergi menuju kearah biliknya. Yuuki terkedu. Tak pernah sekali pun ibunya meninggikan 
suara kepadanya.

Dia terduduk diatas sofa. Sekarang apa lagi yang harus dibuatnya.

**
“Waa... garangnya mak dia!” kata Tracy sambil mengintai rumah agam itu mengikut tingkap. Casie yang sedang menyandar didinding itu hanya buat bo ~ layan.

“Wei Casie! Tu mesti budak Yuuki Touya tu kan?” Casie mengangguk kecil. “Dah abistu macam mana skarang ni? Nak jadi manusia skarang ke?” Tracy bertanya ragu. Mukanya agak kemerahan.

Casie memandang wajah Tracy agak lama. Muka Tracy menjadi semakin merah. “Ooi! Janganlah tenung aku macam tu!” Casie ketawa kecil. Tracy terpinga-pinga. “Asal plak kau gelak?”

“Sajer! Kelakar tengok muka kau merah2.” kata Casie nakal. Dia kemudian mendekatkan mulutnya ketelinga Tracy. “Kau... suka aku ee?” Serentak dengan itu, darah mula naik kearah muka Tracy.

“Mana ada! Aku tak suka kan kau dan aku juga takkan pernah suka kan kau! Paham?!” kata Tracy dengan perasaan berdebar-debar! Isssh! Ada ke patut dia cakap macam tu.

Casie tergelak besar. Setelah gelaknya beransur hilang, dia berkata “Melebih lah kau ni, tapi ada kemungkinan kau akan sukakan aku jugak kan?” bisik Casie dengan perlahan, dia kemudian menghembuskan angin ketekak Tracy.

“Wei!” Casie berlalu pergi sambil tersengih. Tracy mengepal penumbukanya , sekali gus memegang tekaknya yg ditiup si Casie tadi. Bulu romanya meremang. ‘Aisshh! Asal plak ngan aku ni?’
Dia menepuk pipinya berulang kali sebelum mengikuti langkah Casie yg sudah jauh kedepan.

**

p/s: panjang ke pendek, saya tak tau.. tapi nnti akan ada part 3, teruskan menanti ye... ^^

Tuesday, July 26, 2011

Cerpen : Tracy and Casie Part 1

“Tracy Aurabella Highnie dan Casie H. Phantom! Kamu berdua akan dikenakan hukuman kerana telah mencuba memasuki kawasan larangan Hauxus!” Master Alberd berkata dengan nada yang mendatar. Tracy dan Casie cuba menelan air liur yg terasa kesat semacam.

Namun dalam keadaan macam tu, sempat lagi Tracy mengangkat tangannya dengan tinggi. “Master, kalu hukuman kami ialah masuk penjara selama bertahun-tahun, Master kasilah kami makan hamburger, chicken chop ngan barbeque skali ee? Janganlah letak nasi ngan ikan masin jer, kesian kami.” Tracy berkata dengan slumber. Sesungguhnyalah kan, Tracy ni orang yang memang sangat2 slumber.

Casie mengetap bibir. ‘Budak ni kan.. memang tak kira keadaan betullah! Aku ketuk kepala tu baru tau!’ Casie berdesis didalam hati. Dia kemudian menyiku lengan Tracy. Tracy mengadu kecil.

“Apa?” Casie hanya menjeling.

“Kau tak patut cakap macam tu kau tau! Nanti kalu Master Alberd kenakan hukuman yang lagi berat macam mana? Kau nak mampus?” kata Casie sambil menjegil kan matanya.

“Ala, aku cuma pesankan aje, bukannya kata menda yg tak elok pun! Ala, jangan risaulah, Master Alberd kan orang yang baik.” Kata Tracy pula.

“Ishh! Kau ni kan!”

BLABLABLABLA... mereka bergaduh bagaikan tiada orang yang sedang memerhati mereka disitu.

“EHEM!!” pergaduhan mereka terhenti. ‘Erk? Alamak! Terlupa pulak ada orang kat depan ni..’ mereka berkata serentak didalam hati.

Kedua-duanya tersengih bagaikan orang bersalah. Tiba2 Master Alberd mengeluh. Mereka berdua terpinga-pinga, kenapa pulak ni? “Baiklah! Hukuman kamu berdua sudah ditetapkan!” Tracy dan Casie mengangguk. Muka mereka memberi reaksi yg agak mendebarkan. Apalah hukumannya ya?

“Hukuman kamu berdua ialah..........................”

“APA?!?!?!”


Bersambung di Part 2 , hehe.. saje bagi suspen sikit! ^^

Cerpen Promo: Tracy and Casie



"Weh! Ni semua kau punya pasallah! Habis kita kena buat kerja ni tau tak! Kalu kau tak buat hal tadi, mesti perkara ni terjadi!" tempelak Casie sambil memandang wajah selamba Tracy.

"Wei, rileklah! Seminggu je kan kite kena tinggal kat sini. Cuba kau bawak bertenang sikit. Bila kita bertenang, otak kite dapat berfungsi dengan baik. Kalu kau asyik marah2 jer, mana nak tenang otak kau tu. Betul tak?" kata Tracy sambil tersengih. Sikit pun dia tak tergugat dengan pandangan maut Casie itu.

"Ooo.. tenang ee? Ni dia kau punya tenang!" Casie lantas menunjal kepala Tracy dengan kuat. "Ooi! sakitlah ngek!" Tracy menggosok kepalanya perlahan-lahan. "Ha! Padam muka kau! Dahlah! Malas aku nak layan kau! Membazir waktu dan usia aku je kalu layan kau ni. Memang takkan pernah abis!" Kata Casie sambil berlalu pergi.

Tracy hanya mencebik, dia mengejek kata2 Casie yg menghinggap ke telinganya tadi. Pemergian Casie hanya dipandang endah tak endah! "Huh! Emosi betullah Casie ni! Menyampah I!" Tracy berkata sambil berlalu pergi kearah bertentangan dari Casie. 

p/s : ni hanya cerpen promo, kalu nk baca yg full please tunggu beberapa hari lagi ok? :)

Friday, July 22, 2011

My Brother has 2 Version .

As-Salam minna ! Ok , ari ni haye(saya) nak ckp psl my bro , kenapa plak tibe2 nak ckp psl your bro ni Ain ooi , haha ! ntah ! sajer ... takde topik , jadi my bro lah yg jadi mangsa . oklah , jom kita start yer . My bro ni umur dia 9 tahun , nama dia *****( privasi sikit ) , korang nak tau , dia ni ada 2 version , korang phm tak apa yg Ain ckp ni , maksud Ain , dia ada dua personaliti lah , satu Evil type (sampai tahap dewa) satu lagi Angel Type (ha! ambik kau! Angel type!)

1 . Evil Type
Evil dia ni memang memang tahap evil melebihi evil lah , fuuh~ sakit ati woo.. rase mcm nak cekik2 plus nak penyek2 jer(haha , berani ke ko ni Ain) kalu dia buat hal , haiishh!! tak tau lah nak cakap mcm mana , tapi kannnnnn.... kalu korang ada adik mcm Ain ni , korang rasa mcm mane? nak lempang ? nak sepak ? nak kepuk ? haha , terserah andalah , tapi harap jangan korang plak masuk penjara nanti , XD

2 . Angel Type
Ok , kalu dlm type ni dia memang baik , baik , terlebihhhhhhhhh baik , haaa... kdng2 rasa ade sikit menyampah lah dngn perangai terlbih baik dia tu. Kalu dia solat , haaiissshhh! korang nak tau ? kuat giler dia baca surah2 .. brrrrr.... mana tak geramnya , tengah khushuk(khushuk lah sangat!) buat menda2 tiba2 jer "ALLAHUAKBAR!!! BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM!! ......" Ya Allah! bukan maen kuat dia baca , kalu kot iye pun , slow2 lah sikit ... adeeehh ~

hahahahaa!! entah lah! tak tau nak pilih yg mana , dua2 pelik! tapi antara dua tu, Ain lebih prefer yg baiklah... Ok sikit... sikit jer(hahahaahaha!!) Ain buat post ni bkan sebab nak mengAIBkan dia , hanya ingin berkongsi rasa! kalu korang mcm mana? haaaa.... well , Ain nak chaoowww dulu ,

ASSALAMUALAIKUM!