Sunday, May 29, 2011

TSK!

Salam! yaiyaiyaiyai..... fuuuuhhhh ~ lame nyer tak sambung novel! mls rasenyer! biarlah! tangguh dulu lah novel tu, sbuk dengan anime skarang =P jangan marah ha! nak buat mcm mana tu lah perangai kita, tak suka buat banyak kerja dlm satu masa! hehe... lol! okelah! ni sajer jer wat entry pendek! baru abis tngk citer ouran high school host club, dulu dh tngk dh , tapi nk tngk skali lagi, sbab????? sbab criter dier sdap! 100 + ke atas! =D okelah! salam minna! have a nice day! love ya! :) ;)

Saturday, May 28, 2011

Ouran High School Host Club Episode 21

Salam! hoho... ari ni Ain nak cakap pasal citer Ouran High School Ep. 21... Episode ni lawaklah jgak! tapi yg shedihnyer bila Kaoru rase dia mcm lame2 akan ketinggalan kat belakang, dan abang dia Hikaru dah kedepan, korang paham tak apa Ain cakap ni, kalu tak paham suda! tapi ni Ain sertakan sekali video nya, huhu...



okay ! salam! oh! btw... video ni mcm besar sikit, kalu susah nak tngk , pergi cari sendiri, hoho... mengadelah ko ni Ain! huh! lol! Salam!

Friday, May 27, 2011

Pokok Hiasan yg Beracun







The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae
Malay Name: Pisang Tanah



Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Maklumat lanjut:

http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=species&id=88
http://www.botanical-online.com/alcaloidesdiefenbaquiaangles.htm

Dan lebih mengejutkan, hampir kebanyakkan tanaman hiasan di rumah-rumah adalah beracun! Antara senarai tanam-tanaman hiasan tersebut anda boleh rujuk di bawah:

atau anda boleh serach di Google dengan menggunakan keyword “Poisonous House Plants”

Diharap pembaca-pembaca semua agar dapat berkongi artikel ini kepada kawan-kawan. Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Cantiknya LELAKI ni!


Salam Guys! hoho, cam tak cayer je yg ni lelaki kan, jom kita tengok gambar2 si dia:



Nama sebenar lelaki 'cantik' ini ialah Kiyoshi Sakurazuka, seorang lelaki yang berasal dari China, tetapi tinggal di Jepun. Dia bekerja sebagai seorang cosplayer dan crosdresser yang sentiasa memakai pakaian cosplay wanita.

Biodata lelaki ini:

Name: kiyoshi sakurazuka
Real Name :澈樱冢 = Che Ying Zhong (CMIIW)
Birthday : April 4, 1984
Height : 160cm
Weight : 40kg
Blood type : A
Constellation : Aries
Gender : Male
Birthplace : Hunan, China
Graduate : Beijing Institute of Technology

Lagi gambar-gambar menarik:

Sekali imbas anda pasti menganggap gambar di atas adalah gambar seorang awek yang cun. Nyatanya, dia bukanlah seorang wanita, tetapi seorang lelaki...dia bukan cewek, tetapi seorang cowok!


Sukar nak percaya gambar-gambar ini adalah lelaki...cuba lihat pada bibir lelaki ini....


Cuba lihat pula pada bahagian dada, memang mendatar-bukti bahawa dia ialah seorang lelaki..



Gambar-gambar Kiyoshi Sakurazuka ber 'pose' sebagai seorang lelaki



Jangan tak tahu, Kiyoshi Sakurazuka juga mempunyai teman wanita sendiri. Wanita yang disebelah kiri dalam gambar di bawah ini adalah teman wanita Kiyoshi..


sumber : http://menujuhijau.blogspot.com
http://billyinfo.blogspot.com

p/s: kalu bolehlah kan, boleh tak aku nak ambik gambar ni buat jadi watak dalam novel aku, huhu... arap boleh, hoho...

Khas Untuk Wanita

SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...


"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.


Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.


Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.


Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...

Minta anda teruskan membaca nya!

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.


Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.


Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.


"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.


Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

Disediakan: Abu Muawiyah.

Sumber: Maghrib Menjelma

anime or manga ??

Wokeh! Salam korang! korang tengah buat apa? hehe.. sihat? ha... jawab yer.. kalu tak.. SIAP! huhu.... okeh! berbalik kepada tajuk diatas, Ain nak tanya, pertanyaan ni hanya untuk saper2 yg tengok anime atau yg baca manga lah, well..

Soalan : Korang rasa, korang lebih prefer yg mana? Anime or Manga?

If jawapan Ain, Ain lebih suka Anime! sebab senang nak tengok and jelas, xdelah mcm kelabu aje kan, kadang2 Ain pun baca manga jgak, tapi bila Ain baca manga, Ain tak berapa paham jln ceritanya sebab dia mcm.... hmm... mcm... ala mcm mana nk terangkan ek? huhu.. susahlah! btw... apa jawapan anda, ha... kalu nak jwb, sila ke kotak kosong dibawah dah jawablah disitu, okeh! SALAM guys! see you in the next entry!

Teori Konspirasi Freemason dan Illuminati oleh Maher Zain

Semakin hari, semakin banyak berita, video, gambar dan apa jua bentuk maklumat diselitkan dengan keterangan mengenai Teori Konspirasi Freemason dan Illuminati. Sememangnya, kepastian mengenai kewujudan organisasi Freemason dan Illuminati ini diragukan. Ia boleh jadi wujud ataupun tidak. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa organisasi ini ada. Dan mengikut pandangan segelintir pihak mereka menyatakan bahawa Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Dan saya tidak langsung ingin membincangkan mengenai kewujudan Freemason dan teori konspirasi mereka. Cuma yang saya tahu, asal gerakan-gerakan dakyah Kristian ini datang daripada Barat. Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Great Britain. Sememangnya kita jahil dan lemah. Pada masa sekarang ini, semakin ramai orang yang mengkaji teori konspirasi ini, dan ia bukanlah satu tindakan yang salah. Dan pada saya ia juga bukanlah tindakan yang bijak. Berbanding menghabiskan masa mengkaji teori konspirasi ini, ada baiknya kita mengkaji Al-Quran dan Hadith. Jika kuat fahaman kita terhadap Al-Quran dan Hadith, mana mungkin teori konspirasi itu dapat menggugat keimanan kita. Dan di dalam Al-Quran dan Hadith itu sendiri pasti ada penyelesaian untuk kita menghadapi fitnah akhir zaman ini.

Lambang Freemason yang dikatakan terdapat pada wang kertas AS

Jadi setelah sekian lama saya mengkaji dan membaca mengenai teori konspirasi ini, ianya menjadi semakin bercelaru. Dan saya mengambil keputusan untuk berhenti mengkaji mengenai teori konspirasi ini. Sehinggalah satu hari saya terdengar lagu AWAKENnyanyian Maher Zain. Dan video dan liriknya adalah seperti berikut.

Video klip AWAKEN

Lirik AWAKEN

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied


I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you


Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?



Oh..I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Terjemahan Lirik

Mudah bukan? Kita membuat kesalahan dan kita menunding jari pada Barat, menyalahkan mereka dengan segala tindakan mereka kepada kita. Kita menyumpah seranah orang-orang Barat, tapi pada masa yang sama, kita hidup mengikut cara barat. Kita mengaku kita Islam, tapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Sebaliknya kita haruslah memperbaiki diri supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dan inilah yang Maher Zain cuba sampaikan dalam lagunya melalui lirik:

Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves”


Ibu bapa terlalu mengejar kekayaan dan keduniaan, sehingga lupa nilai-nilai kekeluargaan. Dan yang paling teruk, mereka lupa mengajar tentang Islam kepada anak-anak mereka. Jika anak-anak tidak dibentuk sewaktu kecil, tiada lagi waktu yang sesuai untuk membentuk mereka. Dan hasilnya tiada ikatan kasih sayang yang diredhai Allah didalam keluarga dan institusi keluarga akan hancur. Jika unit asas dalam negara iaitu keluarga, hancur. Maka mudahlah negara kita dijajah. Dan Islam akan mudah dipermainkan.

“We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied”


Sememangnya lagu ini memberi seribu satu maksud untuk kita tafsirkan dan ambil iktibar. Rangkap yang lain saya tidak mahu menghuraikannya dan anda sendiri boleh membaca isi tersurat dan tersirat dalam lirik lagu ini. Saya tidak lah berniat untuk mengagung-agungkan Maher Zain. Cuma lagu ini memberi kesedaran kepada kita yang terlalu taksub kepada dunia dan bermegah-megah dengan kekayaan. Semoga ramai lagi da’ie – da’ie akan lahir pada masa akan datang yang akan berterusan mengingatkan kita tentang kesalahan kita.

Rasulullah S.A.W berpesan:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka, ” Sahabat bertanya. “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka,”

Hadith Riwayat Muslim
Wallahu’alam.

info source : Blog Erie Yohoho