Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu.
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.
- Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
- Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca quran sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
- Anak.
- Ibu.
- Suami.
- Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka susmi kita ketika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
- Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je.. Bagi siapa yang masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
- Kalau ada niat yang baik teruskanlah.. Allah akan bersama kita.
- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai.
- Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
- Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, selepas itu bicaralah dengan Allah.
- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
- Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
- Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
- Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit.. sedeh gak la.. pergi ke pusara mak kita cakap.. “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pada mereka.
- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
- Bila nak berbelanja atau shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari orangg susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tiada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
- Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
- Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. Ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyok.. ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka di saat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
- Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
- Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
- Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
- Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
- Symptom terkena saka:
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
- Susah nak dapat anak, senang gugur.
- Ada rasa kelibat orang lalu.
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
- Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
- Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
- Anak Degil
- Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari orang yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So sama-samalah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
credit : http://sayangsain.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Kesatu: Komen menda elok2...
Kedua: Beri pendapat yg bagus n berguna!
Ketiga: Korang patut komen benda yg berkaitan dengan enty ni sahaja!
Keempat: Korang sangat bagus!