Wednesday, July 27, 2011

Cerpen : Tracy and Casie Part 2


“Kamu berdua akan dihantar kebumi, tugas kamu ialah menjaga seorang budak yg bernama Yuuki Touya selama seminggu, ini dia maklumat2 tentang budak itu. Tugas kamu ini tidak boleh dibantah sama sekali oleh mana2 pihak! Kalu tidak, hukuman kamu akan menjadi lebih berat.”

Masih terngiang-giang lagi setiap huruf2 bait2 kata Master Alberd didalam otak mereka. “What the.....? Ingat kita ni baby sitter ke? Ishhh!!” Casie merungut geram. Tracy hanya mengangguk lemah.
Dia mengeluh.

“Tapi bukan ke manusia tak boleh nampak kite? Habistu macam mana kita nak jaga budak tu?” Tracy memandang wajah sahabatnya itu dengan hairan.

“Eh! Kau tak dengar ke apa yg Master Alberd kata tadi? Kalu kita nak jaga budak tu, kita kenalah jadi dalam keadaan human form!” kata Casie sambil menjeling tajam.

Tracy mencebik. “Tapi macam mana nak jadi manusia? Kau tau ke caranya?”

“Baca sendiri nota ni!” Casie melempar sebuah buku yang bewarna merah darah tepat pada mukanya. Tracy mengetap bibir. Kurang sopan sungguhlah budak ni!

Tracy mula membaca nota itu dengan laju. Dapat dilihat matanya bergerak kekiri dan kanan. “Ooh.. macam tu rupanya! Eh! Macam ni?!” Riak wajah Tracy jelas2 terkejut. “Err.... kita kena ikut buku ni jugak ke? Cara lain tade?” Tiba2 dia berasa resah. 

“Tulah sebab puak2 Millein jarang yang nak jadi bentuk manusia. Kalu yang datang berhijrah kebumi pun jarang2 jer yg jadi bentuk human form. Yang datangnya pun ramai yg dah couple atau yang dah kahwin.” Casie menerangkan sedikit info yang diperolehnya dari perpustakaan Witch Library.

“Tapi..... err.... aduh ~ macam mana ni?”

“Macam mana apa? Macam tulah!” Casie berkata dengan nada yang agak sinis. Tracy menjengilkan matanya. “Habis tu kau memang nak buatlah menda tu!” Balas Tracy juga sinis, perkataan memang tu ditekan kuat.

Mereka saling berpandangan. Bagaikan ada harus elektrik yang mengalir diantara mata mereka berdua.

**
Tokyo, Japan..

“Mama.. bolehlah! Saya nak pinjam 500 yen jer!” Gadis cilik yang berumur 16 tahun itu cuba memujuk ibunya. Lady Arian hanya mendiamkan dirinya. Anak gadisnya tidak habis2 meminta duit dengannya. Macamlah dia tak tahu yang anaknya itu asyik memboros kerjanya.

No, I will never lend my money to you anymore.” Lady Arian masih berkeras. Yuuki mengeluh. Ibunya memang benar2 sudah tidak membenarkan dia menggunakan duit ibunya lagi. Sikap borosnya itu memang tidak boleh diubah, semuanya disebabkan pengaruh rakan2 sebayanya.

Tapi, dia juga mempunyai ego, dia tak boleh menyerah kalah. “Okay! Kalu mama tanak kasi your money lagi. Yuuki akan gunakan duit syarikat papa!” Yuuki mengugut. “Eh! Kamu jangan berani2 nak gunakan duit syarikat. Kamu tau kan yang syarikat tu dari hasil titik peluh papa. Kalu kamu guna, mama takkan mengaku yang kamu ni anak mama lagi.” Lady Arian meninggikan suaranya.

Anak manjanya itu harus diajar. Kalu dibiarkan, nanti akan melekat sampai ketua. Lady Arian kemudian berlalu pergi menuju kearah biliknya. Yuuki terkedu. Tak pernah sekali pun ibunya meninggikan 
suara kepadanya.

Dia terduduk diatas sofa. Sekarang apa lagi yang harus dibuatnya.

**
“Waa... garangnya mak dia!” kata Tracy sambil mengintai rumah agam itu mengikut tingkap. Casie yang sedang menyandar didinding itu hanya buat bo ~ layan.

“Wei Casie! Tu mesti budak Yuuki Touya tu kan?” Casie mengangguk kecil. “Dah abistu macam mana skarang ni? Nak jadi manusia skarang ke?” Tracy bertanya ragu. Mukanya agak kemerahan.

Casie memandang wajah Tracy agak lama. Muka Tracy menjadi semakin merah. “Ooi! Janganlah tenung aku macam tu!” Casie ketawa kecil. Tracy terpinga-pinga. “Asal plak kau gelak?”

“Sajer! Kelakar tengok muka kau merah2.” kata Casie nakal. Dia kemudian mendekatkan mulutnya ketelinga Tracy. “Kau... suka aku ee?” Serentak dengan itu, darah mula naik kearah muka Tracy.

“Mana ada! Aku tak suka kan kau dan aku juga takkan pernah suka kan kau! Paham?!” kata Tracy dengan perasaan berdebar-debar! Isssh! Ada ke patut dia cakap macam tu.

Casie tergelak besar. Setelah gelaknya beransur hilang, dia berkata “Melebih lah kau ni, tapi ada kemungkinan kau akan sukakan aku jugak kan?” bisik Casie dengan perlahan, dia kemudian menghembuskan angin ketekak Tracy.

“Wei!” Casie berlalu pergi sambil tersengih. Tracy mengepal penumbukanya , sekali gus memegang tekaknya yg ditiup si Casie tadi. Bulu romanya meremang. ‘Aisshh! Asal plak ngan aku ni?’
Dia menepuk pipinya berulang kali sebelum mengikuti langkah Casie yg sudah jauh kedepan.

**

p/s: panjang ke pendek, saya tak tau.. tapi nnti akan ada part 3, teruskan menanti ye... ^^

No comments:

Post a Comment

Kesatu: Komen menda elok2...
Kedua: Beri pendapat yg bagus n berguna!
Ketiga: Korang patut komen benda yg berkaitan dengan enty ni sahaja!
Keempat: Korang sangat bagus!