Saturday, May 28, 2011

Ouran High School Host Club Episode 21

Salam! hoho... ari ni Ain nak cakap pasal citer Ouran High School Ep. 21... Episode ni lawaklah jgak! tapi yg shedihnyer bila Kaoru rase dia mcm lame2 akan ketinggalan kat belakang, dan abang dia Hikaru dah kedepan, korang paham tak apa Ain cakap ni, kalu tak paham suda! tapi ni Ain sertakan sekali video nya, huhu...



okay ! salam! oh! btw... video ni mcm besar sikit, kalu susah nak tngk , pergi cari sendiri, hoho... mengadelah ko ni Ain! huh! lol! Salam!

Friday, May 27, 2011

Pokok Hiasan yg Beracun







The name of this plant is dumb cane.
Botanical name: Dieffenbachia
Family: Araceae
Malay Name: Pisang Tanah



Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Maklumat lanjut:

http://museum.gov.ns.ca/poison/?section=species&id=88
http://www.botanical-online.com/alcaloidesdiefenbaquiaangles.htm

Dan lebih mengejutkan, hampir kebanyakkan tanaman hiasan di rumah-rumah adalah beracun! Antara senarai tanam-tanaman hiasan tersebut anda boleh rujuk di bawah:

atau anda boleh serach di Google dengan menggunakan keyword “Poisonous House Plants”

Diharap pembaca-pembaca semua agar dapat berkongi artikel ini kepada kawan-kawan. Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Cantiknya LELAKI ni!


Salam Guys! hoho, cam tak cayer je yg ni lelaki kan, jom kita tengok gambar2 si dia:



Nama sebenar lelaki 'cantik' ini ialah Kiyoshi Sakurazuka, seorang lelaki yang berasal dari China, tetapi tinggal di Jepun. Dia bekerja sebagai seorang cosplayer dan crosdresser yang sentiasa memakai pakaian cosplay wanita.

Biodata lelaki ini:

Name: kiyoshi sakurazuka
Real Name :澈樱冢 = Che Ying Zhong (CMIIW)
Birthday : April 4, 1984
Height : 160cm
Weight : 40kg
Blood type : A
Constellation : Aries
Gender : Male
Birthplace : Hunan, China
Graduate : Beijing Institute of Technology

Lagi gambar-gambar menarik:

Sekali imbas anda pasti menganggap gambar di atas adalah gambar seorang awek yang cun. Nyatanya, dia bukanlah seorang wanita, tetapi seorang lelaki...dia bukan cewek, tetapi seorang cowok!


Sukar nak percaya gambar-gambar ini adalah lelaki...cuba lihat pada bibir lelaki ini....


Cuba lihat pula pada bahagian dada, memang mendatar-bukti bahawa dia ialah seorang lelaki..



Gambar-gambar Kiyoshi Sakurazuka ber 'pose' sebagai seorang lelaki



Jangan tak tahu, Kiyoshi Sakurazuka juga mempunyai teman wanita sendiri. Wanita yang disebelah kiri dalam gambar di bawah ini adalah teman wanita Kiyoshi..


sumber : http://menujuhijau.blogspot.com
http://billyinfo.blogspot.com

p/s: kalu bolehlah kan, boleh tak aku nak ambik gambar ni buat jadi watak dalam novel aku, huhu... arap boleh, hoho...